Islamic Pattern Green Background

BAHAGIAN KENAZIRAN

JABATAN PENGAJIAN ISLAM

I

I

I

Flat Line Icon
Islamic Pattern Green Background

KONGSISAMA PENGAJARAN: STRUKTUR PENGAJARAN - UNIT AMALI UGAMA

Black Gradient Rectangle

Ustaz Hj Mohd Yussof Ketua Unit Amali Ugama, Bahagian Kenaziran menyampaikan mengisian kongsisama.

SABTU, 16 MAC 2024M- Bagi meningkatkan tahap kualiti guru dan juga untuk memberi pendedahan kepada pelbagai variasi kaedah pengajaran yang berkesan, Unit Amali, Bahagian Kenaziran baru-baru ini telah mengadakan program berbentuk kongsisama dan bengkel yang berlangsung di Dewan Sekolah Ugama Jerudong.


Hadir lebih kurang 48 orang guru-guru dari sekolah-sekolah ugama dari keempat-empat daerah dari daerah Brunei Muara, Tutong, Belait dan daerah Temburong.

Objektif program ini diadakan adalah bagi mendedahkan serta meningkatkan pencapaian guru-guru ugama mengikut Standard guru-guru di negara Brunei Darussalam dan juga bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada guru-guru mengenai strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan serta efektif.


Sebagai pengetahuan, program tahunan ini diadakan secara konsisten setiap tahun oleh Bahagian Kenaziran sebagai menyokong Wawasan Negara Brunei 2035 dan menepati kehendak Brunei Teacher's Standard, BTS melalui Teacher's Performance Appraisal, TPA.


Black Gradient Rectangle

Para peserta program mengikuti aktiviti yang dijalankan

Black Gradient Rectangle

Di antara peserta-peserta program yang hadir taklimat kongsisama.

Pendekatan program kali ini adalah melalui taklimat dan kongsisama beserta aktiviti individu dan berkumpulan.


Perisian bengkel program kali ini adalah berteraskan kongsisama pengajaran ‘Sturuktur Pengajaran’. Fasilitator-fasilitator perisian bengkel kali ini adalah terdiri daripada nazir-nazir daripada Unit Amali Ugama, Bahagian Kenaziran, Jabatan Pengajian Islam.


Islamic Pattern Green Background

KONGSISAMA TAKLIMAT BTS TPA HOME BASED LEARNING 2024

KHAMIS, 07 Mac 2024- Dengan hasrat bagi melahirkan pegawai kenaziran yang berkaliber dalam bidang penilaian pencerapan guru ugama selaras mencapai Wawasan Negara 2035 iaitu bagi mempunyai pendidikan masa kini yang mantap dan berkesan, Bahagian Kenaziran, Jabatan Pengajian Islam baru-baru ini telah mengadakan Kongsisama Taklimat BTS TPA Home Based Learning yang berlangsung di Dewan Sekolah Ugama Lambak Jalan Bedil.


Kongsisama ini adalah kerjasama Bahagian Kenaziran, Jabatan Pengajian Islam bersama Jabatan Kenaziran Sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan.


Black Gradient Rectangle

Fasilitator-fasilitator perisian bengkel kali ini adalah terdiri daipada pegawai-pegawai dari Jabatan Kenaziran Sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan.


Program ini diharapkan dapat meningkatkan kualiti profesional nazir terutama dalam pencerapan secara online di kalangan pegawai lawatan dan nazir-nazir di Bahagian Kenaziran, Jabatan Pengajian Islam.


Para nazir mengikuti pengisian taklimat yang dijalankan

Black Gradient Rectangle

Hadir lebih 40 orang nazir-nazir dan pegawai-pegawai Bahagian Kenaziran termasuk pegawai kenaziran dari Daerah Tutong, Belait dan Temburong.


Objektif program ini dijalankan adalah bagi memantapkan dan meningkatkan kemahiran dan kefahaman para nazir dalam bidang pencerapan home absed learning ke atas guru-guru Ugama selaras dengan kehendak negara untuk menjadikan negara Brunei Darussalam mempunyai pendidikan masa kini yang mantap dan berkesan.

Fasilitator menyampaikan pengisian kongsisama taklimat

Black Gradient Rectangle

Para fasilitator dan pegawai nazir bergambar ramai

Islamic Pattern Green Background

PROGRAM PERKEMBANGAN PROFESIONAL DAN SUMBANGAN SEMPENA RAMADHAN

BAHAGIAN KENAZIRAN 2024

Khamis, 07 Mac 2024- Bahagian Kenaziran, Jabatan Pengajian Islam baru-baru ini telah mengadakan program berbentuk taklimat dan bengkel yang berlangsung di Bilik Muzakarah, Bahagian Kenaziran.


Bengkel ini melibatkan seramai lebih kurang 40 orang pegawai lawatan dan nazir daripada Bahagian Kenaziran, juga turut hadir pegawai lawatan dan nazir dari daerah Tutong, daerah Belait dan daerah Temburong di bawah Bahagian Kenaziran, Jabatan Pengajian Islam.


Black Gradient Rectangle

Perisian bengkel dan program kali ini adalah berteraskan bidang fokus ‘Kompetensi Guru Al-Quran’ iaitu menumpukan kepada cara mengetahui kecekapan guru-guru terutama dalam mata pelajaran Al-Quran.


Program ini diharapkan dapat dijadikan sebagai platfom untuk para pegawai kenaziran berkongsi pendapat mengenai apa-apa permasalahan yang timbul berkaitan pencerapan bagi mata pelajaran Al-Quran di sekolah-sekolah ugama dan sekolah-sekolah Arab di bawah kawalan Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Di antara pegawai-pegawai kenaziran yang hadir

Black Gradient Rectangle

Bengkel dan kongsisama kali ini dilaksanakan di antara lain adalah bagi menyokong wawasan negara 2035 dan bagi memastikan pencerapan yang akan dilaksanakan oleh para pegawai lawatan dan nazir adalah tulus, tepat dan bersistematik.


Perisian bengkel dan program kali ini adalah berteraskan kaedah kongsisama dan bengkel yang disampaikan oleh fasilitator program terdiri daripada pegawai Unit Al-Quran, Bahagian Kenaziran, Jabatan Pengajian Islam iaitu Yang Mulia Ustaz Hj Md Hendra Bin Hj Meraji

Fasilitator Program menyampaikan pengisian program

Black Gradient Rectangle

Para pegawai kenaziran mengikuti aktiviti yang dijalankan

Islamic Pattern Green Background

PEMBERIGAAN PROGRAM TAHSIN MURSYID AL-MUA’LLIM 2024

UNIT SEKOLAH UGAMA, UNIT AL-QURAN DAN UNIT AMALI UGAMA

RABU, 06 Mac 2024- Dengan hasrat bagi melahirkan School Management Teams (SMT) yang berkaliber, layak dan diiktiraf dalam bidang penilaian pencerapan guru selaras dalam mencapai Wawasan Negara 2035 bagi mempunyai pendidikan masa kini yang mantap dan berkesan, Unit Sekolah Ugama, Unit Al-Quran dan Unit Amali Ugama, Bahagian Kenaziran Jabatan Pengajian Islam baru-baru ini telah mengadakan Pemberigaan Program Mursyid Mua’llim.


Pemberigaan kali ini adalah kesinambungan pada program Tahsin yang dilaksanakan pada tahun 2023. Pemberigaan kali ini dilaksanakan di Bilik Muzakarah, Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.

Black Gradient Rectangle

Di antara peserta yang hadir mengikuti sesi pemberigaan

Program yang dianjurkan kali ini memfokuskan kepada ‘Pemberigaan Program Tahsin Mursyid Mua’llim’ iaitu penerangan tentang penglibatan mereka secara peringkat-peringkat sebelum diberi gelatan Mursyid Mua’llim.


Program ini diharapkan akan dapat meningkatkan dan mengukuhkan lagi kefahaman dan kemahiran guru-guru SMT dalam sama-sama meningkatkan kualiti pengajaran guru dan pembelajaran murid disamping dapat meningkatkan pencapaian prestasi sekolah mereka dengan cemerlang.

Black Gradient Rectangle

Para nazir menyampaikan pengisian pemberigaan

Pemberigaan kali ini melibatkan seramai labih kurang 25 orang SMT daripada beberapa sekolah-sekolah dari keempat-empat daerah yang telah melepasi modul 1 Program Tahsin pada tahun 2023. Mereka ini telah melepasi beberapa pemilihan dan kelayakan daripada 30 orang SMT berdasarkan kelayakan dan kemampuan mereka dalam bidang pencerapan.


Peserta-peserta bengkel ini akan layak diberi gelaran Mursyid Mua’llim jika berjaya menjalankan modul 2 dan modul 3 serta dapat menampilkan kebolehan dan kelayakan diri dengan baik kepada modul-modul yang dijalankan sepanjang Program Tahsin Mursyid Mua’llim .

Black Gradient Rectangle

Para peserta mengadakan perbincangan bersama Nazir pembimbing mereka.

Islamic Pattern Green Background

MAJLIS MENGENANG JASA BAHAGIAN KENAZIRAN 2023

Sabtu, 18 November 2023- Dengan hasrat bagi mengenang jasa dan bakti yang telah dicurahkan kepada Bahagian Kenaziran khususnya dan Jabatan Pengajian Islam amnya oleh pegawai-pegawai dan nazir-nazir yang menamatkan perkhidmatan mereka sebagai nazir dan pegawai lawatan , Bahagian Kenaziran baru-baru ini telah mengadakan majlis mengenang jasa 2023.


Majlis ini bertempat di Mangrove Paradise Resort Kampung Serdang. Hadir lebih 40 nazir-nazir, pegawai-pegawai lawatan dan kakitangan Bahagian Kenaziran termasuk nazir dan pegawai kenaziran daripada daerah Tutong, Belait dan Temburong.

Black Gradient Rectangle

Ketua Bahagian Kenaziran menyampaian cenderahati kepada yang diraikan

Beberapa aktiviti di jalankan bagi memeriahkan majlis berkenaan di antaranya cabutan bertuah, pertukaran hadiah sesama kakitangan Bahagian Kenaziran dan beberapa aktiviti menarik yang lain.


Dengan adanya majlis tahunan ini diharapkan dapat menjalinkan silaturahim yang berpanjangan bersama mantan-mantan pegawai kenaziran serta dalam masa yang mengenang jasa bakti yang telah diberikan oleh mantan-mantan pegawai kenaziran kepada Bahagian Kenaziran khususnya.



Black Gradient Rectangle

Mantan-mantan pegawai kenaziran memberikan ucapan penghargaan

Majlis pada kali ini adalah bagi meraikan mantan-mantan nazir dan pegawai lawatan yang telah menamatkan perkhidmatan mereka pada tahun 2023 iaitu Yang Mulia Cikgu Junaidi Bin Hj Abdullah, mantan Ketua Bahagian Kenaziran dan Yang Mulia Hjh Noraya Binti Hj Metali, Pegawai Lawatan Unit Amali Ugama, Bahagian Kenaziran.


Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan doa selamat oleh Yang Mulia Pg Hj Khairul Anuar Bin Pg Hj Abd Rahim. Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan Ketua Bahagian Kenaziran, Yang Mulia Cikgu Ernie Yusnani Binti Hj Md.Noor. Seterusnya penyampaian cenderahati kenang-kenangan kepada mantan-mantan pegawai kenaziran yang diraikan.

Black Gradient Rectangle

Pegawai Kenaziran dan mantan-mantan pegawai kenaziran yang diraikan bergambar ramai

Islamic Pattern Green Background

PROGRAM JALINAN SILATURAHIM BAHAGIAN KENAZIRAN 2023

Black Gradient Rectangle

Acara diteruskan dengan penyampaian sumbangan derma kepada pelajar-pelajar yang terpilih. Selesai acara penyampaian sumbangan derma oleh Bahagian Kenaziran, doa selamat dibacakan oleh Yang Mulia Ustaz haji Azulhanita bin Awang Haji Tarip Pegawai Unit Al-Quran Bahagian Kenaziran, Jabatan Pengajian Islam dan diakhiri dengan sesi bergambar ramai.


Dengan adanya program ini diharapkan dapat meringankan beban dan kesusahan para pelajar-pelajar yang dalam kesusahan, di samping mengukuhkan jalinan silaturahim antara nazir-nazir, Bahagian Kenaziran dengan guru-guru serta ibu bapa pelajar sekolah yang terpilih di negara ini.



Sabtu, 11 November 2023- Dengan hasrat bagi membantu meringgankan beban serta kesusahan pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan, Unit Sekolah Ugama, Bahagian Kenaziran Jabatan Pengajian Islam baru-baru ini telah mengadakan Program Jalinan Silaturahim.


Program ini bertempat di Dewan Sekolah Ugama Lambak Jalan Bedil . Program Jalinan Silaturahim kali ini melibatkan seramai 10 orang pelajar-pelajar dari 10 sekolah ugama daripada kawasan Brunei III di Daerah Brunei dan muara.

Penyerahan sumbangan kepada pelajar terpilih

Sebagai pengetahuan, program tahunan ini diadakan secara konsisten setiap tahun oleh Bahagian Kenaziran sebagai salah satu inisiatif Jabatan Pengajian Islam untuk menyokong Rancangan Strategik KHEU untuk memfokuskan strategik, jaminan keselamatan dan kesejahteraan sosial.


Program ini dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istigfar dan Surah Al-Fatihah oleh Yang Mulia Ustaz Haji Azulhanita bin Awang Haji Tarip Pegawai Unit Al-Quran, Bahagian Kenaziran. Seterusnya ucapan alu-aluan oleh Ketua Bahagian Kenaziran, Yang Mulia Ustazah Ernie Yusnani Binti Haji Md Noor. Acara diteruskan dengan ucapan wakil guru besar Brunei III, Yang Mulia Cikgu Haji Said Bin Haji Mustapa.

Black Gradient Rectangle
Black Gradient Rectangle
Black Gradient Rectangle

Ketua Bahagian Kenaziran memberi kata-kata aluan

Para pegawai, pelajar dan ibu bapa bergambar ramai

Islamic Pattern Green Background

BENGKEL PEMBINAAN SET PANDUAN PERMARKAHAN PENCERAPAN GURU-GURU UGAMA

Rabu, 25 Oktober 2023- Dengan hasrat bagi melahirkan pegawai kenaziran yang berkaliber dalam bidang penilaian pencerapan guru ugama selaras mencapai Wawasan Negara 2035 iaitu bagi mempunyai pendidikan masa kini yang mantap dan berkesan, Bahagian Kenaziran, Jabatan Pengajian Islam baru-baru ini telah mengadakan bengkel pembinaan set panduan permarkahan pencerapan guru-guru ugama yang berlangsung di Dewan Sekolah Ugama Lambak Jalan Bedil dab di Auditorium 1, Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, Kampung Katok.


Black Gradient Rectangle

Fasilitator-fasilitator perisian bengkel kali ini adalah terdiri daipada pensyarah-pensyarah daripada Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan iaitu Yang Mulia Prof. Madya Dr. Muhammad Zaihiri bin Awang Mat, Yang Mulia Dr. Hajah Norwati binti Haji Abu Bakar dan Yang Mulia Dr.Kharhan bin Haji Jait.


Program ini diharapkan dapat meningkatkan kualiti profesional nazir di kalangan pegawai lawatan dan nazir-nazir di Bahagian Kenaziran, Jabatan Pengajian Islam.


Para nazir mengikuti pengisian program yang dijalankan

Pogram ini mula dilaksanakan bermula pada 25 Oktober 2023 sehingga 28 Oktober 2023. Hadir lebih 30 orang nazir-nazir dan pegawai-pegawai Bahagian Kenaziran termasuk pegawai kenaziran dari Daerah Tutong, Belait dan Temburong.


Objektif program ini dijalankan adalah bagi memantapkan dan meningkatkan kemahiran dan kefahaman para nazir dalam bidang pencerapan ke atas guru-guru Ugama selaras dengan kehendak negara untuk menjadikan negara Brunei Darussalam mempunyai pendidikan masa kini yang mantap dan berkesan.

Black Gradient Rectangle

Fasilitator menyampaikan pengisian bengkel dan program

Black Gradient Rectangle

Para nazir mengikuti aktiviti bengkel yang dijalankan

Islamic Pattern Green Background

PROGRAM PERKEMBANGAN PROFESIONAL NAZIR 2023

Khamis, 19 Oktober 2023- Bahagian Kenaziran, Jabatan Pengajian Islam baru-baru ini telah mengadakan program berbentuk taklimat dan bengkel yang berlangsung di Bilik Muzakarah, Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, Kampung Katok.


Bengkel ini melibatkan seramai lebih kurang 39 orang pegawai lawatan dan nazir daripada Bahagian Kenaziran, juga turut hadir pegawai lawatan dan nazir dari daerah Tutong, daerah Belait dan daerah Temburong di bawah Bahagian Kenaziran, Jabatan Pengajian Islam.


Black Gradient Rectangle

Bengkel ini julung kali diadakan pada tahun ini bagi menyahut saranan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk menjadikan sistem pendidikan ugama di negara ini lebih sistematik dan teratur.


Program ini diharapkan dapat dijadikan sebagai platform untuk para pegawai kenaziran berkongsi pendapat mengenai apa-apa permasalahan yang timbul berkaitan pencerapan di sekolah-sekolah ugama dan di sekolah-sekolah Arab di bawah kawalan Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Di antara pegawai-pegawai kenaziran yang hadir

Objektif bengkel ini dilaksanakan di antara lain adalah bagi menyokong wawasan negara 2035 dan bagi mempertingkatkan penguasaan berkaitan rubrik diskriptor dan bidang fokus yang terdapat di dalam BTS-TPA 2.0, juga bagi memastikan pencerapan yang akan dilaksanakan oleh para pegawai lawatan dan nazir adalah tulus, tepat dan bersistematik.


Perisian bengkel dan program kali ini adalah berteraskan kaedah kongsisama dan bengkel yang disampaikan oleh fasilitator program terdiri daripada pegawai-pegawai kenaziran, Jabatan Pengajian Islam iaitu Yang Mulia Cikgu Julianawati Binti Hj Hamdan dan Cikgu Taibah binti Timbang.

Black Gradient Rectangle

Fasilitator Program menyampaikan pengisian program

Black Gradient Rectangle

Para pegawai kenaziran mengikuti aktiviti yang dijalankan

Islamic Pattern Green Background

BENGKEL MENINGKATKAN KUALITI PENGAJARAN GURU - UNIT SEKOLAH UGAMA

Isnin, 9 Oktober 2023- Unit Sekolah Ugama, Bahagian Kenaziran, Jabatan Pengajian Islam baru-baru ini telah mengadakan program berbentuk kongsisama dan bengkel yang berlangsung selama lima hari iaitu sehingga 14 Oktober 2023.


Program ini mula dijalankan pada 9 Oktober 2023 sehingga 14 Oktober 2023 yang bertempat di dua sekolah yang terpilih iaitu di Dewan Sekolah Ugama Lambak, Jalan Bedil dan di Dewan Sekolah Ugama Paduka Seri Begwan Sultan Omar Ali Saifuddien, Kuala Belait.


Black Gradient Rectangle

Fasilitator-fasilitator perisian bengkel kali ini adalah terdiri daipada pegawai dan nazir daripada Unit Sekolah Ugama, Bahagian Kenaziran, Jabatan Pengajian Islam serta guru-guru Senior Coaches, Literacy dan Numeracy Coaching Programme iaitu Cikgu Siti Abidah binti Haji Muhammad Din dan Cikgu Nooraini binti Haji Ahmad.


Perisian bengkel dan program kali ini adalah berteraskan kaedah kongsisama dan bengkel ‘Peningkatan kualiti pengajaran guru berasaskan objektif dan aktiviti yang selaras dengan perancangan serta perlaksanaannya yang teratur’.



Para peserta mengikuti aktiviti yang dijalankan

Black Gradient Rectangle

Bengkel kali ini melibatkan seramai lebih kurang 128 orang guru-guru ugama daripada beberapa kawasan dan daerah iaitu kawasan Brunei I, Brunei IIA, Brunei IIB, Brunei III, Brunei IV juga daripada daerah Tutong dan daerah Belait di bawah kawalan Jabatan Pengajian Islam.


Objektif bengkel ini dilaksanakan di antara lain bagi menyokong Wawasan Brunei 2035 dan Sistem Penilaian Kebangsaan ke atas guru-guru di Negara Brunei Darussalam dan juga bagi memberikan kefahaman dan kemahiran untuk meningkatkan kualiti pengajaran guru-guru ugama di negara ini.

Fasilitator Program menyampaikan pengisian program

Black Gradient Rectangle

Di antara peserta program yang hadir

Islamic Pattern Green Background

BENGKEL KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

(BLENDED LEARNING - STATION ROTATION) - UNIT IRK

Khamis, 5 Oktober 2023- Unit IRK Bahagian Kenaziran baru-baru ini telah mengadakan program berbentuk kongsisama dan bengkel yang berlangsung selama dua hari iaitu sehingga 7 Oktober 2023 di Dewan Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Norain, Tutong. Seramai 62 orang guru-guru yang terlibat di dalam program kali ini.


Sebagai pengetahuan, program tahunan ini diadakan secara konsisten setiap tahun oleh Bahagian Kenaziran sebagai menyokong Wawasan Negara Brunei 2035 dan bagi menepati kehendak Brunei Teacher's Standard, BTS melalui Teacher's Performance Appraisal, TPA.


Black Gradient Rectangle

Perisian bengkel dan program kali ini adalah berteraskan bidang fokus kaedah pembelajaran dan pengajaran 'Blended Learning - Station Rotation'.


Fasilitator-fasilitator perisian bengkel kali ini adalah terdiri daipada Ketua Guru Ugama Sekolah Rendah PKN Bukit Beruang iaitu Yang Mulia Dayang Mariani Binti Hj Mohammad Yusof, Yang Mulia Dayang Hjh Norsuzanti Binti Hj Mohd Yassin, Ketua Guru Ugama Sekolah Rendah Keriam Tutong dan Yang Mulia Awang Mohamad Amir Irwan bin Haji Moksin, Pegawai Pendidikan dari Kementerian Pendidikan.



Fasilitator Program menyampaikan pengisian program

Black Gradient Rectangle

Para fasilitator bersama pegawai Unit IRK, Bahagian Kenaziran

Objektif program ini dilaksanakan adalah di antara lain bagi memberikan pendedahan dan pendekatan kepada pelbagai variasi kaedah pengajaran yang berkesan di samping memotivasikan guru ke arah sikap yang lebih produktif dan positif. Ianya juga sebagai salah satu platfom untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru bagi mencapai kualiti pengajaran dan pembelajaran selaras dengan Standard Guru Brunei.


Pendekatan program kali ini adalah berbentuk taklimat dan kongsisama beserta aktiviti individu dan berkumpulan.

Black Gradient Rectangle

Para peserta mengikuti aktiviti yang dijalankan

Islamic Pattern Green Background

PROGRAM AT-TATWEER BAHAGIAN KENAZIRAN 2023

SELASA, 11 Julai 2023- Dengan hasrat bagi mempunyai guru-guru yang berkaliber serta kreatif dalam pembelajaran dan pengajaran selaras mencapai Wawasan Negara 2035 bagi mempunyai pendidikan dan pengajaran masa kini yang mantap dan berkesan, Unit Pelajaran Lanjutan, Bahagian Kenaziran Jabatan Pengajian Islam baru-baru ini telah mengadakan Program At-Tatweer.


Program ini bertempat di Dewan Sekolah Ugama Lambak Jalan Bedil . Program Tatweer kali ini melibatkan seramai 35 orang guru-guru dari institusi yang berbeza.

Black Gradient Rectangle

Fasilitator Program At-Tatweer menyampaikan pengisian program

Black Gradient Rectangle

Pendekatan program kali ini adalah melalui taklimat dan kongsisama beserta aktiviti berkumpulan yang di sampaikan oleh Shahrul Anuar bin Haji Minudin guru di IBTE Kampus Sultan Saiful Rijal dan Shaifulbahri bin Haji Ahmad, guru daripada IBTE Kampus Bisnes.


Perisian Program At-Tatweer kali ini adalah mengenai kongsisama: 'Kaedah Perbincangan sesi buzz dan gamifikasi (permainan) digital dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru bagi guru-guru IBTE dan Institusi Khas'.



Para peserta mengikuti aktiviti yang dijalankan

Sebagai pengetahuan, program tahunan ini diadakan secara konsisten setiap tahun oleh Unit Pelajaran Lanjutan, Bahagian Kenaziran sebagai menyokong Wawasan Negara Brunei 2035.


Objektif program ini di adakan adalah meningkatkan pengetahuan dan kefahaman guru mengenai kaedah pembelajaran berasaskan perbincangan sesi buzz serta meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kaedah pembelajaran berasaskan gamifikasi (permainan) digital.

Black Gradient Rectangle

Di antara peserta program yang hadir

Islamic Pattern Green Background

PROGRAM TAHSIN BAHAGIAN KENAZIRAN 2023

KHAMIS, 18 Mei 2023- Dengan hasrat bagi melahirkan School Management Teams (SMT) yang berkaliber, layak dan diiktiraf dalam bidang penilaian pencerapan guru selaras dalam mencapai Wawasan Negara 2035 bagi mempunyai pendidikan masa kini yang mantap dan berkesan, Bahagian Kenaziran Jabatan Pengajian Islam baru-baru ini telah mengadakan Program Tahsin.


Program ini mula dijalankan pada 16 Mei 2023 sehingga 7 Jun 2023 yang bertempat di pelbagai sekolah terpilih iaitu di Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (SUAMPRIPAHS), Ma'had Islam Brunei,Tutong dan di Sekolah Ugama Lambak Jalan Bedil .

Black Gradient Rectangle

Para fasilitator dan peserta Program Tahsin bergambar ramai di dewan Sekolah Ugama Lambak Jalan Bedil.

Program Tahsin yang dianjurkan kali ini memfokuskan kepada perkara: Pengajaran Berasaskan Penguasaan (Teaching For Mastery), Penerangan mengenai Deskriptor BTS-TPA 2.0 merangkumi: (Pencapaian Pelajar, Pembelajaran Pelajar dan Pengajaran Standard BTS 5,6).


Program Tahsin ini diharapkan akan dapat meningkatkan dan mengukuhkan lagi kefahaman dan kemahiran guru-guru SMT dalam sama-sama meningkatkan kualiti pengajaran guru dan pembelajaran murid disamping dapat meningkatkan pencapaian prestasi sekolah mereka dengan cemerlang.

Black Gradient Rectangle

Para fasilitator Program Tahsin di dewan Sekolah Ugama Lambak Jalan Bedil.

Bengkel kali ini melibatkan seramai 214 orang daripada 7 buah sekolah-sekolah Arab, Institut Tahfiz Sultan Haji Hassanal Bolkiah, beberapa sekolah Ugama dan institusi IRK di bawah Institusi Pengajian jabatan Pengajian Islam.


Peserta-peserta bengkel ini dibahagikan kepada 2 kumpulan terdiri daripada kalangan Kumpulan Pentadbiran Sekolah (SMT) iaitu terdiri daripada Pengetua-pengetua, Guru-guru besar, Timbalan-timbalan Pengetua, Penolong-penolong Guru Besar, Guru-guru Kanan Pentadbiran dan akademik, Ketua-ketua Jabatan dan Penolong-penolong Ketua Jabatan dan pegawai-pegawai yang dilantik sebagai penilai/pencerap.

Black Gradient Rectangle

Para fasilitator dan peserta Program Tahsin bergambar ramai di Auditorium SUAMPRIPAHS.

Islamic Pattern Green Background

MAJLIS CUTI PERSARAAN DAN DOA SELAMAT MENGERJAKAN HAJI

SABTU, 03 Jun 2023 - Bagi menghargai Yang Mulia Cikgu Junaidi Bin Hj Abdullah atas sumbangan khidmat yang telah diberikannya selama ini kepada Bahagian Kenaziran dan juga bagi mendoakan kesejahteraan Yang Mulia Ustaz Sirimi Bin Jamali, Ketua Unit Sekolah Arab yang akan mengerjakan haji pada bulan julai nanti.


Warga Bahagian Kenaziran baru-baru ini telah mengadakan majlis cuti persaraan dan doa selamat menunaikan haji yang di adakan di Bilik Muzakarah, Bahagian Kenaziran.


Hadir lebih 30 orang nazir-nazir dan pegawai-pegawai Bahagian Kenaziran termasuk pegawai kenaziran dari Daerah Tutong, Belait dan Temburong.

Black Gradient Rectangle

Cikgu Junaidi memberikan sumbangan ikhlas menunaikan Haji dari Bahagian Kenaziran kepada Ustaz Sirimi.

Black Gradient Rectangle

Wakil Unit Al-Quran memberikan cenderahati kenang-kenangan kepada Cikgu Junaidi.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat yang diketuai oleh Yang Mulia, Ustaz Rosli Bin Othman, Pegawai unit Al-Quran Bahagian Kenaziran.


Majlis diteruskan dengan menyampaian sumbangan ikhlas dari warga kenaziran kepada Yang Mulia Ustaz Sirimi Bin Jamali atas keberangkatannya untuk mengerjakan haji. Sumbangan ini disempurnakan oleh Ketua Bahagian Kenaziran, Yang Mulia Cikgu Junaidi bin Hj Abdullah.


Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kenang-kenangan kepada Yang Mulia Cikgu Junaidi bin Hj Abdullah atas persaraan yang akan dijalankannya. Penyampaian cenderahati disempurnakan oleh ketua-ketua setiap unit di bawah Bahagian Kenaziran.

Dalam ucapan alu-aluan, Ketua Bahagian Kenaziran iaitu Yang Mulia Cikgu Junaidi Bin Hj Abdullah juga antara lain mengkongsikan majlis tersebut adalah sebagai satu penghargaan baginya. Tambahnya sepanjang bertahun-tahun berkhidmat di Bahagian Kenaziran pelbagai kenangan pahit manis yang dilaluinya. Beliau juga berharap agar segala bentuk khidmat yang telah diberikannya kepada Bahagian Kenaziran dilimpahi berkat oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala.


Tambahnya, beliau juga mendoakan dan mengucapkan selamat menjalankan tugas kepada Ketua Bahagian Kenaziran yang baru nanti.

Black Gradient Rectangle

Cikgu Junaidi dan Ustaz Sirimi masing-masing memberikan kata-kata aluan dan penghargaan.

Islamic Pattern Green Background

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI WARGA BAHAGIAN KENAZIRAN 2023

KHAMIS, 11 Mei 2023 - Dengan hasrat bagi mengeratkan ikatan silaturahim sesama warga kenaziran juga bersempena kedatangan bulan syawal yang mulia ini, pihak Bahagian Kenaziran Jabatan Pengajian Islam baru-baru ini telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi warga kenaziran yang berlangsung di Bilik Muzakarah Bahagian Kenaziran.


Hadir lebih 30 orang pegawai-pegawai dan nazir-nazir yang terdiri daripada Bahagian Kenaziran termasuk beberapa pegawai kenaziran daripada Daerah Tutong, Belait dan Temburong.

Black Gradient Rectangle

Di antara pegawai Bahagian Kenaziran bergambar ramai.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat dibacakan oleh Yang Mulia Ustaz Rosli Bin Othman, Pegawai unit Al-Quran Bahagian Kenaziran.


Dalam ucapan alu-aluan, Ketua Bahagian Kenaziran iaitu Yang Mulia Junaidi Bin Hj Abdullah juga selaku pengerusi majlis antara lain mengkongsikan majlis tersebut adalah merupakan di antara aktiviti tahunan yang di anjurkan oleh Bahagian Kenaziran. Di dalam ucapannya, beliau amat menghargai dan mengucapkan terima kasih kepada pegawai-pegawai yang terlibat dalam sama-sama menjayakan majlis sambutan hari raya tersebut.


Black Gradient Rectangle

Doa selamat dibacakan oleh Ustaz Rosli Bin Othman.

Turut hadir pegawai-pegawai dari Bahagian Kokurikulum, Bahagian Kurikulum serta beberapa bahagian di bawah Pejabat Penolong Pengarah Profesional.


Majlis bertujuan bagi meraikan dan memeriahkan Sambutan Hari Raya Aidilfitri serta mengukuhkan lagi hubungan silaturahim dan meningkatkan perasaan muhibah dalam kalangan warga Bahagian Kenaziran serta bahagian-bahagian di bawah Jabatan Pengajian Islam.


Black Gradient Rectangle

Ketua dan pegawai Bahagian Kenaziran bergambar ramai.

Islamic Pattern Green Background

BENGKEL MENGHALUSI SOLAT DAN DOA-DOA BAGI PROGRAM BIBD ALAF

SELASA, 4 April 2023 - Bagi memperkasa dan memiliki mutu ibadat sembahyang yang berkualiti, Bahagian Kenaziran melalui Unit Amali Ugama baru-baru ini telah terlibat bersama-sama menjayakan Program di bawah Bank Islam Brunei Darussalam, Advocating Life-long Learning for Aspiring Future (BIBD ALAF) bagi bengkel menghalusi solat dan doa-doa yang diadakan di Event Hall, Centre of Excellence & empowerment, Bangunan PGGMB, Bandar Seri Begawan.


Hadir lebih 30 pelajar-pelajar yang terdiri daripada pelajar-pelajar di bawah BIBD ALAF.


Black Gradient Rectangle

Fasilitator memberikan bengkel dan taklimat kepada para peserta program BIBD ALAF.

Black Gradient Rectangle

Para fasilitator dan peserta program bergambar ramai.

Program yang dilaksanakan ini bertujuan untuk menghalusi dan sebagai ulang kaji bagi para pelajar tentang cara melaksanakan semua perbuatan serta bacaan dalam sembahyang dengan betul dan sempurna serta menanamkan sikap tanggungjawab untuk melaksanakan sembahyang fardu yang merupakan ibadah wajib dalam kehidupan seharian.


Program Menghalusi Solat dan doa ini dihasratkan dapat menambah baik segala kekurangan dan meningkatkan kefahaman pelajar dengan lebih baik tentang kesempurnaan solat.


Pendekatan program dan bengkel kali ini adalah melalui kongsisama dan taklimat beserta aktiviti individu dan berkumpulan. Perisian bengkel program kali ini adalah berteraskan kepada menghalusi bacaan solat dan doa-doa di kalangan pelajar di bawah program BIBD ALAF.


Fasilitator-fasilitator perisian bengkel kali ini adalah terdiri daripada nazir-nazir daripada Unit Amali, Bahagian Kenaziran, Jabatan Pengajian Islam.


Black Gradient Rectangle

Para fasilitator dan wakil BIBD ALAF bergambar ramai.

Islamic Pattern Green Background

MAJLIS TAHLIL DAN KONGSI REZEKI SEMPENA KEDATANGAN BULAN RAMADHAN

RABU, 22 Mac 2023 - Bahagian Kenaziran, Jabatan Pengajian Islam baru-baru ini telah mengadakan Majlis Tahlil dan kongsi rezeki sempena kedatangan bulan Ramadhan bagi warga kenaziran yang berlangsung di Bilik Muzakarah Bahagian Kenaziran.


Hadir lebih 30 orang pegawai-pegawai dan nazir-nazir yang terdiri daripada Bahagian Kenaziran termasuk beberapa pegawai kenaziran daripada Daerah Tutong, Belait dan Temburong.


Black Gradient Rectangle

Antara pegawai dan nazir yang hadir ke majlis tersebut.

Black Gradient Rectangle

Cikgu Junaidi memberikan sumbangan ikhlas dari Bahagian Kenaziran kepada Cikgu Norlina.

Majlis dimulakan dengan bacaan Tahlil diketuai oleh Ketua Unit Al-Quran Bahagian Kenaziran, iaitu Yang Mulia Ustaz Hj Abdullah Bin Hj Sahat dan doa tahlil dibacakan oleh Yang Mulia Ustaz Rosli Bin Othman, Pegawai unit Al-Quran Bahagian Kenaziran.


Majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan derma ikhlas daripada Bahagian Kenaziran atas pemergian ke rahmatullah ibu kepada Ustazah Hjh Norlina Binti Hj Untong. Penyerahan sumbangan derma ini disempurnakan oleh Ketua Bahagian Kenaziran, Yang Mulia Junaidi Bin Hj Abdullah.


Dalam ucapan alu-aluan, Ketua Bahagian Kenaziran iaitu Yang Mulia Junaidi Bin Hj Abdullah juga selaku pengerusi majlis antara lain mengkongsikan majlis tersebut adalah merupakan di antara aktiviti tahunan yang di anjurkan oleh Bahagian Kenaziran. Tambahnya pihaknya turut menghargai sokongan dan kerjasama para nazir dalam menjayakan majlis tersebut.


Majlis-majlis seumpamanya merupakan aktiviti keagamaan tahunan Bahagian Kenaziran sebelum menjelangnya bulan Ramadhan.


Black Gradient Rectangle

Antara pegawai dan nazir yang hadir ke majlis tersebut.

Islamic Pattern Green Background

BENGKEL 'AMALAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN' - UNIT AMALI

RABU, 8 Mac 2023M- Bagi meningkatkan tahap kualiti guru dan juga untuk memberi pendedahan kepada pelbagai variasi kaedah pengajaran yang berkesan, Unit Amali, Bahagian Kenaziran baru-baru ini telah mengadakan program berbentuk taklimat dan bengkel yang berlangsung di Dewan Besar Sekolah Ugama Lambak Jalan Badil. Program kali ini diadakan selama 2 hari sehingga 9 mac 2023.

Black Gradient Rectangle

Di antara pegawai kenaziran yang turut hadir.

Black Gradient Rectangle
Black Gradient Rectangle
Black Gradient Rectangle
Black Gradient Rectangle
Black Gradient Rectangle
Black Gradient Rectangle
Black Gradient Rectangle
Black Gradient Rectangle

Para fasilitator dan peserta program bergambar ramai.

Objektif program ini diadakan adalah bagi mendedahkan serta meningkatkan pencapaian guru-guru ugama mengikut Standard guru-guru di negara Brunei Darussalam dan juga bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada guru-guru mengenai strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan serta efektif.


Sebagai pengetahuan, program tahunan ini diadakan secara konsisten setiap tahun oleh Bahagian Kenaziran sebagai menyokong Wawasan Negara Brunei 2035 dan menepati kehendak Brunei Teacher's Standard, BTS melalui Teacher's Performance Appraisal, TPA.


Pendekatan program dan bengkel kali ini adalah melalui taklimat dan kongsisama beserta aktiviti individu dan berkumpulan. Perisian bengkel program kali ini adalah berteraskan 'Amalan Pengajaran dan Pembelajaran berpusatkan pelajar keselarasan objektif pengajaran dengan aktiviti pembelajaran'.


Fasilitator-fasilitator perisian bengkel kali ini adalah terdiri daripada nazir-nazir daripada Unit Amali, Bahagian Kenaziran, Jabatan Pengajian Islam.


Black Gradient Rectangle

Para peserta mengikuti aktiviti program yang dijalankan.

Islamic Pattern Green Background

MAJLIS TAHLIL WARGA KENAZIRAN

Black Gradient Rectangle

Warga Bahagian Kenaziran bergambar ramai.

JUMAAT, 3 Mac 2023 - Dengan hasrat bagi mengeratkan ikatan silaturahim sesama warga kenaziran dengan mantan-mantan pegawai kenaziran, pihak Bahagian Kenaziran Jabatan Pengajian Islam baru-baru ini telah mengadakan Majlis Tahlil beserta doanya bagi warga kenaziran yang berlangsung di Restoran Ya-Nur, Gadong.


Hadir seramai 25 orang mantan-mantan nazir Bahagian Kenaziran. Juga turut hadir beberapa pegawai -pegawai kenaziran, Jabatan Pengajian Islam bagi sama-sama meramaikan lagi majlis tahlil kali ini.

Dalam ucapan alu-aluan, Ketua Bahagian Kenaziran iaitu Yang Mulia Junaidi Bin Hj Abdullah juga selaku pengerusi majlis antara lain mengkongsikan majlis tersebut adalah merupakan di antara aktiviti tahunan yang di anjurkan oleh Bahagian Kenaziran. Tambahnya pihaknya turut menghargai sokongan dan kerjasama para mantan kenaziran dalam memberi kerjasama menjayakan majlis kali ini.


Bacaan Tahlil serta doanya telah dipimpin oleh Yang Mulia Ustaz Hj Abdullah Bin Hj Sahat, Ketua Unit Al-Quran, Bahagian Kenaziran.

Black Gradient Rectangle

Ketua Bahagian Kenaziran memberikan kata-kata aluan.

Black Gradient Rectangle

Warga Bahagian Kenaziran bergambar ramai.

Pendekatan majlis seumpama ini diadakan adalah juga bagi memperinganti para-para mantan nazir Bahagian Kenaziran yang telah pergi ke rahmatullah. Di samping mengenang jasa-jasa mereka yang telah menaikkan Bahagian Kenaziran dari mula ia ditubuhkan sehingga sekarang.


Majlis diakhiri dengan bacaan doa penutup yang dibacakan oleh Ketua Unit Al-Quran, Ustaz Hj Abdullah Bin Hj Sahat.


Islamic Pattern Green Background

TAKLIMAT DAN BENGKEL - UNIT SEKOLAH ARAB

Black Gradient Rectangle

Di antara perserta dan pegawai yang hadir.

ISNIN, 28 Februari 2023 - Unit Sekolah Arab, Bahagian Kenaziran baru-baru ini telah mengadakan program berbentuk taklimat dan bengkel yang berlangsung di Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (SUAMPRIPAHS) Katok.


Program kali ini melibatkan 60 orang guru-guru daripada Sekolah Arab. Program kali ini diadakan selama 2 hari iaitu sehingga 1 mac 2023.


Matlamat program ini dilaksanakan di antara lain adalah untuk meningkatkan serta untuk memberi pendedahan kepada pelbagai variasi dan kaedah pengajaran yang berkesan serta meningkatkan kemahiran guru-guru sekolah arab bagi mencapai kualiti pengajaran dan pembelajaran selaras Standard Guru Brunei yang berkualiti di samping mencapai wawasan Brunei 2035 iaitu mempunyai rakyat yang berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berjaya.

Black Gradient Rectangle

Taklimat dan bengkel yang berlangsung di SUAMPRIPAHS.

Black Gradient Rectangle

Para fasilitator menyampaikan pengisian bengkel.

Pendekatan program kali ini adalah melalui taklimat dan kongsisama beserta aktiviti individu dan berkumpulan.


Fasilitator-fasilitator perisian bengkel kali ini adalah terdiri daripada nazir-nazir daripada Unit Sekolah Arab, Bahagian Kenaziran, Jabatan Pengajian Islam.

Islamic Pattern Green Background

BENGKEL 'BLENDED LEARNING' - UNIT IRK

Black Gradient Rectangle

Ketua Unit IRK Bahagian Kenaziran memberikan hadiah kepada peserta.

SABTU, 11 Februari 2023 - Unit IRK Bahagian Kenaziran baru-baru ini telah mengadakan program yang berbentuk taklimat dan bengkel yang berlangsung di Bilik Mesyuarat, Sekolah Ugama Jerudong.


Sebagai pengetahuan, program tahunan ini diadakan secara konsisten setiap tahun oleh Bahagian Kenaziran sebagai menyokong Wawasan Negara Brunei 2035 dan menepati kehendak Brunei Teacher's Standard, BTS melalui Teacher's Performance Appraisal, TPA.



Objektif program ini diadakan adalah bagi mendedahkan serta meningkatkan pencapaian guru-guru ugama mengikut Standard guru-guru di negara Brunei Darussalam dan juga bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada guru-guru mengenai strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan serta efektif. Program kali ini melibatkan beberapa guru-guru yang bertugas di sekolah-sekolah Rendah dan menengah (Kerajaan dan Swasta) di negara ini.


Black Gradient Rectangle

Para fasilitator dan peserta program bergambar ramai.

Black Gradient Rectangle

Ketua Unit IRK Bahagian Kenaziran memberikan hadiah kepada peserta.

Pendekatan program kali ini adalah melalui taklimat dan kongsisama beserta aktiviti individu dan berkumpulan.


Perisian bengkel program kali ini adalah berteraskan 'Blended Learning - Station Rotation'. Fasilitator-fasilitator perisian bengkel kali ini adalah terdiri daripada nazir-nazir daripada Unit IRK, Bahagian Kenaziran, Jabatan Pengajian Islam.


Islamic Pattern Green Background

BENGKEL 'BLENDED LEARNING' - UNIT IRK

KHAMIS, 9 Februari 2023 - Unit IRK Bahagian Kenaziran baru-baru ini telah mengadakan program berbentuk taklimat dan bengkel yang berlangsung di Dewan Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Norain, Tutong dan seramai 60 orang guru-guru yang terlibat di dalam program ini.


Sebagai pengetahuan, program tahunan ini diadakan secara konsisten setiap tahun oleh Bahagian Kenaziran sebagai menyokong Wawasan Negara Brunei 2035 dan menepati kehendak Brunei Teacher's Standard, BTS melalui Teacher's Performance Appraisal, TPA.


Black Gradient Rectangle

Para fasilitator menyampaikan pengikisian bengkel dan taklimat program.

Para fasilitator dan peserta program bergambar ramai.

Black Gradient Rectangle
Black Gradient Rectangle

Pendekatan program kali ini adalah melalui taklimat dan kongsisama beserta aktiviti individu dan berkumpulan.


Perisian bengkel program kali ini adalah berteraskan 'Blended Learning - Station Rotation'. Fasilitator-fasilitator perisian bengkel kali ini adalah terdiri daripada nazir-nazir daripada Unit IRK, Bahagian Kenaziran, Jabatan Pengajian Islam.


Objektif program ini diadakan adalah bagi mendedahkan serta meningkatkan pencapaian guru-guru ugama mengikut Standard guru-guru di negara Brunei Darussalam dan juga bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada guru-guru mengenai strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan serta efektif. Program kali ini melibatkan beberapa guru-guru yang bertugas di sekolah-sekolah Rendah dan menengah (Kerajaan dan Swasta) di negara ini.


Black Gradient Rectangle

Ketua Unit IRK Bahagian Kenaziran memberikan hadiah kepada peserta program.

Islamic Pattern Green Background

PROGRAM 'AMALAN TERBAIK PEMPELAJARAN AL-QURAN' - UNIT AL-QURAN

ISNIN, 6 Februari 2023 - Unit Al-Quran Bahagian Kenaziran baru-baru ini telah mengadakan program berbentuk taklimat dan bengkel yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Sekolah Ugama Jerudong, Brunei III dan seramai 26 orang guru-guru yang terlibat di dalam program ini.


Matlamat program ini dilaksanakan di antara lain adalah untuk meningkatkan keilmuan dan kemahiran guru-guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pempelajaran Al-quran ke tahap yang lebih berkualiti.


Black Gradient Rectangle

Para fasilitator dan peserta program bergambar ramai.

Objektif program ini diadakan adalah bagi mendedahkan serta meningkatkan pencapaian guru-guru Al-Quran mengikut Standard guru-guru di negara Brunei Darussalam dan juga bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada guru-guru mengenai strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan serta efektif. Program kali ini melibatkan beberapa guru-guru Al-Quran yang bertugas di sekolah-sekolah Rendah dan menengah (Kerajaan dan Swasta) di negara ini.


Di antara guru yang terlibat adalah dikalangan guru-guru Al-Quran dari pelbagai sekolah-sekolah Ugama dari pelbagai daerah di Brunei Darussalam.

Black Gradient Rectangle

Para fasilitator menyampaikan pengikisian bengkel dan taklimat program.

Pendekatan program kali ini adalah melalui taklimat dan kongsisama beserta aktiviti individu dan berkumpulan.


Tajuk pada program kali ini adalah 'Amalan Terbaik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Al-Quran'. Fasilitator-fasilitator program kali ini adalah terdiri daripada nazir-nazir daripada Unit Al-Quran, Bahagian Kenaziran, Jabatan Pengajian Islam.

Black Gradient Rectangle

Para peserta mengikuti pengisian program.

Islamic Pattern Green Background

TAKLIMAT 'PEDAGOGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN '

- UNIT SEKOLAH UGAMA


RABU, 26 Oktober 2022 - Unit Sekolah Ugama, Bahagian Kenaziran telah mengadakan program yang berbentuk taklimat dan bengkel yang berlangsung di Dewan Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Norain, Tutong dan seramai 19 orang guru-guru yang terlibat di dalam program ini.


Matlamat program ini dilaksanakan di antara lain adalah untuk memberikan kefahaman dan kemahiran dalam membina serta menghasilkan objektif pembelajaran yang berteras tinggi dan mencabar minda juga untuk membimbing guru-guru meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran.

Black Gradient Rectangle

Para fasilitator menyampaikan pengikisian bengkel dan taklimat program.

Pendekatan program kali ini adalah melalui taklimat dan kongsisama beserta aktiviti individu dan berkumpulan.


Perisian pada program kali ini adalah mengenai 'Pedagogi pengajaran dan pembelajaran'. Fasilitator-fasilitator program kali ini adalah terdiri daripada nazir-nazir daripada Unit Sekolah Ugama, Bahagian Kenaziran, Jabatan Pengajian Islam.


Black Gradient Rectangle

Para peserta mengikuti aktiviti program yang dijalankan.

Antara lain objektif program ini diadakan adalah bagi mendedahkan serta meningkatkan pencapaian guru-guru sekolah ugama mengikut Standard guru-guru di negara Brunei Darussalam dan juga bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada guru-guru mengenai strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan serta efektif. Program kali ini seramai 90 orang guru-guru sekolah ugama yang bertugas di sekolah-sekolah Rendah dan menengah (Kerajaan dan Swasta) di negara ini.

Black Gradient Rectangle

Para peserta mengikuti aktiviti program yang dijalankan.

Islamic Pattern Green Background

TAKLIMAT 'PEDAGOGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN '

- UNIT SEKOLAH UGAMA


SELASA, 25 Oktober 2022 - Unit Sekolah Ugama, Bahagian Kenaziran telah mengadakan program yang berbentuk taklimat dan bengkel yang berlangsung di Dewan Besar Sekolah Ugama Bedil Jalan Berakas.


Matlamat program ini dilaksanakan di antara lain adalah untuk memberikan kefahaman dan kemahiran dalam membina serta menghasilkan objektif pembelajaran yang berteras tinggi dan mencabar minda juga untuk membimbing guru-guru meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran.


Black Gradient Rectangle

Para peserta mengikuti aktiviti program yang dijalankan.

Black Gradient Rectangle
Black Gradient Rectangle

Para peserta mengikuti aktiviti program yang dijalankan.


Antara lain objektif program ini diadakan adalah bagi mendedahkan serta meningkatkan pencapaian guru-guru sekolah ugama mengikut Standard guru-guru di negara Brunei Darussalam dan juga bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada guru-guru mengenai strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan serta efektif. Program kali ini melibatkan seramai 90 orang guru-guru sekolah ugama yang bertugas di sekolah-sekolah Rendah dan menengah (Kerajaan dan Swasta) di negara ini.


Pendekatan program kali ini adalah melalui taklimat dan kongsisama beserta aktiviti individu dan berkumpulan.


Perisian pada program kali ini adalah mengenai 'Pedagogi pengajaran dan pembelajaran'. Fasilitator-fasilitator program kali ini adalah terdiri daripada nazir-nazir daripada Unit Sekolah Ugama, Bahagian Kenaziran, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama.


Black Gradient Rectangle

Di antara peserta-peserta yang turut hadir di Sekolah Ugama Lambak Jalan Bedil.

Islamic Pattern Green Background
Flat Line Icon

I

I

@ Hak Cipta 2023 Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama , Brunei Darussalam.

Semua Hak Terpelihara