Islamic Pattern Green Background
Islamic Pattern Green Background

KONGSISAMA TAKLIMAT BTS TPA HOME BASED LEARNING 2024

KHAMIS, 07 Mac 2024- Dengan hasrat bagi melahirkan pegawai kenaziran yang berkaliber dalam bidang penilaian pencerapan guru ugama selaras mencapai Wawasan Negara 2035 iaitu bagi mempunyai pendidikan masa kini yang mantap dan berkesan, Bahagian Kenaziran, Jabatan Pengajian Islam baru-baru ini telah mengadakan Kongsisama Taklimat BTS TPA Home Based Learning yang berlangsung di Dewan Sekolah Ugama Lambak Jalan Bedil.


Kongsisama ini adalah kerjasama Bahagian Kenaziran, Jabatan Pengajian Islam bersama Jabatan Kenaziran Sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan.


Black Gradient Rectangle

Fasilitator-fasilitator perisian bengkel kali ini adalah terdiri daipada pegawai-pegawai dari Jabatan Kenaziran Sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan.


Program ini diharapkan dapat meningkatkan kualiti profesional nazir terutama dalam pencerapan secara online di kalangan pegawai lawatan dan nazir-nazir di Bahagian Kenaziran, Jabatan Pengajian Islam.


Para nazir mengikuti pengisian taklimat yang dijalankan

Black Gradient Rectangle

Hadir lebih 40 orang nazir-nazir dan pegawai-pegawai Bahagian Kenaziran termasuk pegawai kenaziran dari Daerah Tutong, Belait dan Temburong.


Objektif program ini dijalankan adalah bagi memantapkan dan meningkatkan kemahiran dan kefahaman para nazir dalam bidang pencerapan home absed learning ke atas guru-guru Ugama selaras dengan kehendak negara untuk menjadikan negara Brunei Darussalam mempunyai pendidikan masa kini yang mantap dan berkesan.

Fasilitator menyampaikan pengisian kongsisama taklimat

Black Gradient Rectangle

Para fasilitator dan pegawai nazir bergambar ramai

Islamic Pattern Green Background
Islamic Pattern Green Background

I

I

@ Hak Cipta 2023 Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama , Brunei Darussalam.

Semua Hak Terpelihara