Islamic Pattern Green Background
Islamic Pattern Green Background

PROGRAM PERKEMBANGAN PROFESIONAL DAN SUMBANGAN SEMPENA RAMADHAN

BAHAGIAN KENAZIRAN 2024

Khamis, 07 Mac 2024- Bahagian Kenaziran, Jabatan Pengajian Islam baru-baru ini telah mengadakan program berbentuk taklimat dan bengkel yang berlangsung di Bilik Muzakarah, Bahagian Kenaziran.


Bengkel ini melibatkan seramai lebih kurang 40 orang pegawai lawatan dan nazir daripada Bahagian Kenaziran, juga turut hadir pegawai lawatan dan nazir dari daerah Tutong, daerah Belait dan daerah Temburong di bawah Bahagian Kenaziran, Jabatan Pengajian Islam.


Black Gradient Rectangle

Perisian bengkel dan program kali ini adalah berteraskan bidang fokus ‘Kompetensi Guru Al-Quran’ iaitu menumpukan kepada cara mengetahui kecekapan guru-guru terutama dalam mata pelajaran Al-Quran.


Program ini diharapkan dapat dijadikan sebagai platfom untuk para pegawai kenaziran berkongsi pendapat mengenai apa-apa permasalahan yang timbul berkaitan pencerapan bagi mata pelajaran Al-Quran di sekolah-sekolah ugama dan sekolah-sekolah Arab di bawah kawalan Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Di antara pegawai-pegawai kenaziran yang hadir

Black Gradient Rectangle

Bengkel dan kongsisama kali ini dilaksanakan di antara lain adalah bagi menyokong wawasan negara 2035 dan bagi memastikan pencerapan yang akan dilaksanakan oleh para pegawai lawatan dan nazir adalah tulus, tepat dan bersistematik.


Perisian bengkel dan program kali ini adalah berteraskan kaedah kongsisama dan bengkel yang disampaikan oleh fasilitator program terdiri daripada pegawai Unit Al-Quran, Bahagian Kenaziran, Jabatan Pengajian Islam iaitu Yang Mulia Ustaz Hj Md Hendra Bin Hj Meraji

Fasilitator Program menyampaikan pengisian program

Black Gradient Rectangle

Para pegawai kenaziran mengikuti aktiviti yang dijalankan

Islamic Pattern Green Background
Islamic Pattern Green Background

I

I

@ Hak Cipta 2023 Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama , Brunei Darussalam.

Semua Hak Terpelihara