Islamic Pattern Green Background
Islamic Pattern Green Background

KONGSISAMA PENGAJARAN: STRUKTUR PENGAJARAN - UNIT AMALI UGAMA

Black Gradient Rectangle

Ustaz Hj Mohd Yussof Ketua Unit Amali Ugama, Bahagian Kenaziran menyampaikan mengisian kongsisama.

SABTU, 16 MAC 2024M- Bagi meningkatkan tahap kualiti guru dan juga untuk memberi pendedahan kepada pelbagai variasi kaedah pengajaran yang berkesan, Unit Amali, Bahagian Kenaziran baru-baru ini telah mengadakan program berbentuk kongsisama dan bengkel yang berlangsung di Dewan Sekolah Ugama Jerudong.


Hadir lebih kurang 48 orang guru-guru dari sekolah-sekolah ugama dari keempat-empat daerah dari daerah Brunei Muara, Tutong, Belait dan daerah Temburong.

Objektif program ini diadakan adalah bagi mendedahkan serta meningkatkan pencapaian guru-guru ugama mengikut Standard guru-guru di negara Brunei Darussalam dan juga bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada guru-guru mengenai strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan serta efektif.


Sebagai pengetahuan, program tahunan ini diadakan secara konsisten setiap tahun oleh Bahagian Kenaziran sebagai menyokong Wawasan Negara Brunei 2035 dan menepati kehendak Brunei Teacher's Standard, BTS melalui Teacher's Performance Appraisal, TPA.


Black Gradient Rectangle

Para peserta program mengikuti aktiviti yang dijalankan

Black Gradient Rectangle

Di antara peserta-peserta program yang hadir taklimat kongsisama.

Pendekatan program kali ini adalah melalui taklimat dan kongsisama beserta aktiviti individu dan berkumpulan.


Perisian bengkel program kali ini adalah berteraskan kongsisama pengajaran ‘Sturuktur Pengajaran’. Fasilitator-fasilitator perisian bengkel kali ini adalah terdiri daripada nazir-nazir daripada Unit Amali Ugama, Bahagian Kenaziran, Jabatan Pengajian Islam.


Islamic Pattern Green Background
Islamic Pattern Green Background

I

I

@ Hak Cipta 2023 Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama , Brunei Darussalam.

Semua Hak Terpelihara